Kontrak Pasukan Cryptodata RNF tidak disambung


Setelah beberapa kali melanggar klausa perjanjian penyertaan serta menyebabkan imej Kejohanan MotoGP kepada umum terjejas, pihak FIM, IRTA dan Dorna hari ini tidak akan memperbaharui kontrak penyertaan Pasukan Cryptodata RNF didalam saingan MotoGP musim 2024.

Dengan keputusan ini maka secara rasminya Pasukan RNF tidak akan beraksi pada musim hadapan, namun begitu pasukan satelit dibawah Aprilia boleh mengemukakan pendaftaran baharu untuk pertimbangan dan penyertaan musim hadapan.

Teruskan bersama Two Wheels..!


Comments

Follow Us