Line-up Ducati bakal berubah?


Kejohanan MotoGP musim 2023 menutup tirai secara rasminya di Litar Ricardo Tormo, Valencia semalam dan ternyata Pecco mengekalkan kejuaraan dunia bagi musim ini, pelumba pertama didalam sejarah era MotoGP yang menggunakan nombor 1 sebagai nombor perlumbaan dan berjaya dengannya.

Kini perhatian pemerhati serta peminat MotoGP terarah kepada kerusi panas didalam pasukan satelit Ducati setelah Luca Marini secara rasminya meninggalkan Pasukan Mooney VR46. Pelumba yang dikaitkan untuk menggantikan beliau tidak lain dan tidak bukan adalah pelumba MotoGP yang semakin meningkat naik, Fabio FiGiannantonio. 

Walaupun ianya masih belum diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua belah pihak namun hampir pasti ianya terjadi setelah Fermin Aldeguer ingin terus kekal di kategori Moto2. Bagaimana pula Jorge Martin dan Enea Bastianini?

Martin ditawarkan untuk menggantikan Enea jika beliau menjadi juara dunia musim ini namun dengan prestasi semasa Enea yang agak kurang baik, desas-desus mengatakan Martin akan dinaikkan ke Pasukan Lenovo Ducati manakala Enea diturunkan ke Pasukan Prima Pramac Ducati bagi saingan musim hadapan. 

Adakah ianya bakal terjadi? Sama-sama kita nantikan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us