Luca Marini - Masa Depan Tanpa VR46


Khabar angin yang bertiup kencang selepas MalaysianGP kini seakan-akan telah sah apabila Joan Mir cuba menyelesaikan teka-teki Luca Marini apabila ditemuramah oleh Corsedimoto, salah satu media permotoran dari Itali.

 Menurut Mir, Luca Marini bakal menguji jentera Honda RC213V pada akhir bulan ini iaitu ujian pra-musim MotoGP 2024 di Valencia. Bagi Mir, beliau menyambut baik kedatangan Luca kedalam Pasukan Repsol Honda dan berharap dapat membantu satu sama lain untuk mengembalikan era penguasaan Honda didalam MotoGP.

Pasti timbul pelbagai persoalan apabila Luca Marini memilih haluan sendiri tanpa Valentino Rossi di sisi. Bagi Marini, beliau ingin mencorakkan sendiri kerjaya beliau didalam MotoGP tanpa perlu berada dibawah bayang-bayang Rossi sebilang masa dan ingin memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau mampu berjaya tanpa pertolongan ahli keluarga beliau. 

Terdengar juga khabar angin bahawa berlaku keretakan antara Marini dan Rossi setelah Marini melihat pasukan lebih mengutamakan Bezzecchi berbanding beliau.

Untuk rekod, tinggi Luca Marini adalah 1.84 meter berbanding tinggi Marc Marquez yang hanya 1.69 meter dan pemerhati MotoGP berpendapat bahawa Marini akan mengalami kesukaran untuk beraksi dengan baik bersama jentera RC213V kelak. 

Apapun yang bakal berlaku, kita perlulah menanti sehingga pengumuman rasmi oleh Luca Marini atau Honda kelak.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us