Marc kembali menyengat?

📷Ronny Lekl

Semalam telah berlangsung sesi ujian rasmi MotoGP di Valencia. Antara yang paling ditinggu-tunggu ialah penampilan juara dunia 8 kali, Marc Marquez bersama dengan jentera terbaik saat ini, Ducati Desmosedici.

Seperti yang kita sedia maklum, adiknya Alex Marquez telah pun memacu jentera Ducati untuk tempoh satu musim ini selepas berpindah dari kem Honda. Begitu ketara sekali prestasi Alex berubah setelah memacu Desmosedici GP22 yang mana beliau berjaya memenangi perlumbaan sprint dan sering kelihatan bersaing di kumpulan hadapan.

Oleh sebab itu maka ramai yang menjangkakan bahawa si abang, Marc, pasti dapat membuat perkara yang sama malah mungkin akan lebih lagi dan ternyata semalam walaupun baru sehari beliau bersama jentera Ducati, catatan masanya lebih cepat jika dibandingkan dengan Alex. Secara langsung ini memberi makna bahawa Marc sudah mula serasi dengan Desmosedici dan pastinya prestasinya itu akan bertambah baik selepas melalui lebih kilometer dengan jentera tersebut.

Comments

Follow Us