- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
📷Marc Marquez |
Pada perlumbaan Qatar minggu lalu, Marc Marquez hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke 11 tepat di belakang Jorge Martin yang kini sedang memburu gelaran juara Dunia.
Marc Marquez nyata sengaja tidak cuba untuk melakukan monuver agresif kepada Jorge Martin kerana tidak mahu menggangu pelumba Prima Pramac tersebut dalam perebutan gelar.
Martin yang bergelut dengan tayar belakang yang bermasalah (katanya) membuatnya perlahan dan jika kita melihat pace, Marc Marquez sebenarnya mampu memintasnya.
Namun Marc memilih untuk tetap dibelakangnya dan tidak mahu menganggu Martin dalam mengumpul mata sebanyak mungkin.
“Mula-mula saya melihat dia ok namun selepas beberapa lap, nampak dia bergelut. Makin lama Martin dilihat sangat brrgelut. Saya perasan Martin mempunyai masalah ketika keluar selekoh dan saya tidak tahu apa yang terjadi kepadanya”.
“Jadi, saya memilih untuk tidak memotong kerana ianya tidak mendapat apa-apa keuntungan bagi saya. Baiklah Martin masih didepan untuk mengumpul mata sebanyak mungkin.” Tuntasnya
Marc juga berkata Zarco juga cuba untuk mambantu teammatenya dan itu perkara biasa. Namun lama -kelamaan beliau melihat Martin sudah tidak dapat fokus ketika perlumbaan.
Comments
Post a Comment