Marc selamat menjalani pembedahan lengan untuk persediaan 2024

📷Marc Marquez

Sehari selepas ujian MotoGP di Valencia, Marc Marquez terus bergegas pulang berjumpa Doktor untuk menjalankan operasi pada lengan kanannya yang mengalami ‘arm pump’.

Arm pump atau lebih saintifik dikenali sebagai compartment syndrome adalah kesakitan dan rasa kebas pada lengan di bahagian bawah akibat kekurangan aliran darah.

Beliau berkata, beliau sudah menderita perkara ini selepas paruh musim ke 2 musim 2023. Untuk pengetahuan anda, masalah arm pump ini sering terjadi kepada hampir kesemua pelumba MotoGP terutamanya kebelakangan ini akibat jentera yang makin laju dan padu.  

Kebanyakkan pelumba MotoGP pernah membuat pembedahan ini sekurang-kurangnya sekali. 

Sebentar tadi, Marc berkongsi di media sosial bahawa beliau selamat menjalankan pembedahan tersebut awal pagi tadi sejurus sahaja habis ujian bagi membuat persediaan awal untuk 2024.


Comments

Follow Us