Marini menunggu pengumuman Honda

 

📷Mooney VR46 Team

Perpindahan Marini ke Repsol Honda nampaknya akan diumumkan secepat mungkin. Dikatakan, Honda kini menunggu jawapan VR46 kerana pasukan tersebut sedang menunggu pengganti Marini. 

Dalam press conference semalam, Marini memberikan Klu bahawa memang beliau akan berpindah di team Kilang musim depan dan ianya adalah waktu yang tepat untuk diumumkan. 

Beliau berkata tunggu beberapa hari lagi. Marini selalu bermimpi untuk jadi pelumba kilang, mengembangkan jentera dan menang. Jadi, menurutnya ini kali lah!

Dalam masa yang sama, beliau berkata ini perpindahan Marc telah mengejutkan semua orang. Jadi, peluang itu hadir kepadanya dan beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk dapatkannya. 

Comments

Follow Us