- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
š·Autosports |
Dalam dunia media, semestinya berita paling hangat akan dicari bagi mendapat pendedahan pembaca dengan lebih baik.
Apa yang menarik kali ini, ketika Valencia Test, berita yang paling diberi perhatian adalah hanya tentang Marc Marquez. Padahal, banyak perkara menarik lain yang boleh kita lihat.
Antaranya adalah perpindahan Marini dan Zarco ke Honda dimana Marini walaupun ketinggiannya dikatakan akan menganggu prestasinya, beliau buktikan itu salah dengan menjadi pelumba dengan jentera Jepun yang terpantas.
Tambahan pula rookie sensasi, adaptasi Pedro Acosta yang mula ke kelas premier juga dapat menarik perhatian termasuk Morbideli dan Alex Rins masing-masing mencuba jentera baharu.
Walaubagaimanapun, seperti kami, media bukanlah menyebelahi mana-mana pihak tapi data yang berbicara. Apabila menyentuh Marc Marquez, pasti pendedahan dan komen akan lebih banyak berbanding post yang lain.
Mengapa ini terjadi? Tentulah kerana Marc Marquez adalah star dan nama besar dalam dunia MotoGP selepas Valentino Rossi. Boleh dikatakan, Marc Marquez adalah pelumba paling popular setakat ini di lapangan MotoGP dengan mempunyai ramai pengikut di Media Sosial.
š·MotoGP, Segerombolan media menunggu Marc keluar daripada Garaj untuk merekod moment pertama bersama Ducati. |
Tambahan pula, dengan prestasi cemerlangnya semalam di atas jentera Ducati lebih memberi lebih perhatian kepada peminat.
Kemungkinan sebarang berita tentang beliau tetap akan diminati dalam 10-20 tahun lagi atau selamanya.
Comments
Post a Comment