Morbidelli tamat kesemua perlumbaan utama 2023

📷Franco Morbidelli

Walaupun sukan MotoGP sukan yang merbahaya, pelumba tidak lari daripada risiko jatuh. Tambahan pula tahun ini mempunyai 20 pusingan jadi kebarangkalian untuk DNF sekurang-kurangnya sekali pasti ada pada perlumbaan utama.

Tahukah anda Franco Morbidelli adalah pelumba yang tak pernah DNF musim ini? Sekaligus Morbidelli juga tidak pernah terlepas salah satu GP dan menyertai semua pusingan.

Untuk pengetahuan anda, setiap pelumba MotoGP yang dapat habiskan perlumbaan juga dapat sedikit bonus daripada Dorna dan penaja. Ini kerana diibaratkan pelumba itu dapat menunjukkan penaja pada jenteranya diseluruh perlumbaan.  

Namun konsistensi beliau mungkin dipandang serong oleh sesetengah pihak kerana beliau hanya bersaing di kumpulan pertengahan bukanlah untuk merebut kemenangan. Jadi boleh dikatakan santai dan tidak banyak menyerang. 

Tetapi, sebenarnya Morbidelli menunjukkan peningkatan tahun ini dan selalu dapat mengejar beberapa pelumba setiap kali perlumbaan. Ini mungkin boleh dikatakan jentera Yamaha adalah stabil dan hanya kurang prestasi. 

Comments

Follow Us