MT Helmet MSI bakal menggunakan chassis Boscoscuro.


Pasukan baharu akan sertai saingan di kategori Moto2 pada musim hadapan dan ianya telah diketahui bahawa MT-Helmet MSI akan membariskan dua pelumba berpotensi untuk membawa nama mereka. 

Dalam kategori Moto2 kita dapat lihat bahawa penguasaan Kalex sebagai pembekal chassis amat ketara bila mana kebanyakan pasukan memilih untuk menggunakannya.

Pasukan MT-Helmet MSI nampaknya membuat langkah berani setelah bekerjasama dengan pembekal chassis yang dilihat kian meningkat naik, Boscoscuro untuk menghadapi cabaran musim hadapan. Kemampuan chassis tersebut tidak diragui sama sekali setelah melihat beberapa kali berjaya menaiki podium melalui pelumba di Pasukan Speed Up iaitu Fermin Aldeguer.

Kerjasama tersebut juga bakal memanfaatkan Boscoscuro untuk terus berkembang maju dan menjadi lebih berdaya saing kerana akan memperoleh lebih banyak data selepas ini.

Comments

Follow Us