- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa perlumbaan MotoGP pusingan Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi.
Bagi peminat MotoGP, pastinya akan tahu selepas perlumbaan Moto2 dan sebelum perlumbaan MotoGP, akan diadakan persembahan kepada peminat di atas litar hadapan starting grid.
Kebiasannya, setiap litar akan membawa tarian tradisional masing-masing atau persembahan ikonik setiap negara untuk dipertontonkan.
Selepas tarian kebangsaan, akan dinyanyikan lagu kehormatan Negara yang menganjur dan di Malaysia pastinya dinyanyikan lagi Negaraku. Tahun ini, Naim Daniel diberi kehormatan untuk menyanyikan lagu tersebut untuk tahun ini.
Ianya pasti sebuah kebanggaan buat beliau sendiri apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu terhormat tersebut.
Selain itu, kumpulan Zeppo Youngsterz Crew juga hadir bagi membuat persembahan. Pastinya kita tidak sabar apakah persembahan mereka untuk melambangkan budaya Malaysia ke acara yang berprestij tersebut.
Untuk rekod, penyanyi selain Naim Daniel yang pernah mendapat peluang tersebut adalah Noh Salleh, Faizal Tahir dan Alif Satar.
Comments
Post a Comment