Mapping 8 di Qatar bukan Team Order

📷Michelin Motorsports


Mapping 3, Mapping 8, apa maksud disebalik kod-kod ini? Ok mari min cerita kan. 

MotoGP asalya memang mengizinkan mana-mana pasukan untuk berkomunikasi dengan pelumba. Perkara ini boleh memudahkan pelumba dan pasukan mengubah strategi mengikut situasi semasa. 

Tidak seperti F1, pelumba boleh berkomunikasi terus dengan pasukan melalui sistem Radio namun MotoGP amat sukar untuk meletakkan sistem tersebut. Ini kerana, bahagian kepala pelumba MotoGP lebih terdedah berbanding F1 yang tertutup seluruh badan jadi sistem radio dapat dipakai melalui helmet mereka. 

Jadi, kalau di MotoGP, bagaimana pelumba ingin tahu info strategi daripada Pasukan secara terus? Nah ini gunanya kod-kod ini. Pelumba akan diberikan kod-kod khas untuk strategi perlumbaan. Namun, setiap kod-kod ini tidak ada makna yang khusus. Ianya adalah rahsia team. 

Jadi apa yang menarik kali ini adalah tentang perlumbaan MotoGP Qatar minggu lalu. Fabio Digiannatonio diberikan kod Mapping 8 dan 0000 di pitboard daripada pasukan di dashboard. Untuk peminat MotoGP, pasti tahu kenapa ini menjadi perhatian. 

Ianya kerana adalah ‘netizen’ MotoGP mengingat kembali detik Mapping 8 ini diberikan untuk Jorge Lorenzo sebagai team order buat Ducati untuk tidak memotong Dovizioso ketika perlumbaan di Sepang bagi memberi laluan kepada Dovi mencari mata lebih untuk kejuaraan. 

Ketika itu Lorenzo mengabaikan mesej tersebut dan terus push dan akhirnya wide dan dipotong oleh Dovi. Lorenzo ketika itu ingin mencapai kemenangan pertamanya dengan Ducati sudah pasti ianya adalah peluang untuk memenangi perlumbaan. 


Namun Mapping 8 muncul semula di dashboard Digiannatonio ketika bersaing dengan Pecco yang kini memburu kejayaan yang sama. Jadi, dengan kod ini, peminat mengjangkakan Digiannatonio diberi amaran untuk tidak memotong Pecco. 

Sebagai pelumba yang tidak pernah menang dan tiada pekerjaan tahun depan, pastinya peluang ini diambil dan beliau mengabaikan mesej tersebut lalu memotong Pecco. 

Selepas ditemuramah, rupa-rupanya Mapping 8 yang dimaksudkan pasukan adalah tinggal 5 lap lagi, jadi Digiannatonio boleh push lebih lagi. Digiannatonio dalam temuramah berkata, Mapping tersebut adalah untuk memperingatkan beliau bahawa baki lap tersisa. Ini kerana amat sukar buatnya melihat pit board ketika perlumbaan. 

Boleh je dia guna Mapping 3 atau Mapping 2, namun Mapping 8 masih terngiang-ngiang di fikiran peminat. 

Comments

  1. JL99 mapping 8 semasa lap ke berapa? Dan kenapa mapping 8 tidak di berikan kepada pecco jika betul maknanya lagi 5 lap lagi?

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us