Otai masih berdosa, mengaku silap

 

📷Aprilia

Aleix Espargaro akhirnya buka mulut mengenai kes semalam. Beliau merespon perkara tersebut dan mengaku salah atas kejadian itu. 

Media Defbrief pada hari Sabtu untuk Aleix Espargaro dibatalkan ekoran kecederaan yang di hadapinya di Sprint membuatkan ramai tertanya-tanya komen beliau tentang kejadian tersebut. 

Namun beliau membuka mulut mengenai insiden tersebut di Instagram. Katanya, petama sekali beliau merasakan kelakuan beliau amatlah buruk dan harus dilupakan.

“Dia (Morbidelli) hampir melanggar dia sebanyak 2 kali. Ketika itu dia cuba untuk menutup ruang dan saya hilang sabar dengan melakukan aksi yang tidak professional tersebut”

Dari sudut beliau, hukum itu nampaknya terlalu berlebihan tapu beliau menerimanya dengan hati terbuka kerana melihat rakaman tersebut dengan jelas.


Comments

Follow Us