Pelumba Malaysia Pertama ke Final MotoGP Esports Global Series di Sepanyol

 


Wakil Malaysia yang pertama, Aisy Amani Zikry bin Azmi atau lebih mesra dipanggil Eiky, telah berjaya melayakkan diri ke peringkat antarabangsa dalam saingan MotoGP eSport Global Series 2023. 

Sebanyak tiga pusingan secara virtual telah berjaya dilaksanankan dan pusingan terakhir MotoGP eSport Global Series 2023 secara fizikal akan berlangsung di UBEAT Live, Fira de Barcelona Montjuic, Spain.

Esok (7 Nov 2023) beliau akan berlepas ke Sepanyol dan mewakili Malaysia dalam acara MotoGP Esports. Eiky kini berlumba sebagai pelumba pasukan CryptoDATA RNF Aprilia.

Eiky adalah hasil kelolaan MEM Esports Club, iaitu badan sukan elektronik di Malaysia yang diiktiraf yang bertanggungjawab melatih Eiky hingga ke peringkat dunia. 

Mari lah kita sama-sama menyokong wakil sulung Esports kita dalam dunia MotoGP yang mencapai ke peringkat dunia. Live akan berlangsung pada 11 November di platform MotoGP Esports dan MotoGP facebook secara percuma

Terima kasih kepada para penaja seperti MRS Synergy Primary SDN BHD, MSN Selangor, Atok awesome, dan Tuneboss bagi merealisasikan impian Eiky dan Malaysia!

Comments

Follow Us