Pengalaman berharga buat Alvaro Bautista


Juara dunia 2 kali berturut-turut di kejohanan WorldSBK (2022-2023) tidak menyasarkan sebarang pungutan mata akan tetapi gembira dapat mengutip pengalaman berharga di pentas MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS hujung minggu lepas.

Sasaran sang juara dunia berasal dari Sepanyol itu hanya untuk membuat sehabis baik bersama jentera padu Ducati Deamosedici GP23. Peluang keemasan ini hadir setelah beliau berjaya memperoleh kutipan mata perlumbaan yang tertinggi di WorldSBK. Kejayaan berganda itu di kurniakan oleh pihak Ducati sebagai menghargai kejayaan beliau dimana kali terakhir mencapai Juara Dunia berganda oleh Troy Bayliss pada 2006 dan 2008.

Berbalik pada hasil prestasi Alvaro pada perlumbaan Ahad lalu, keadaan fizikal beliau yang belum 100% pulih ekoran kecederaan pada bahagian leher sewaktu ujian pra-musim WorldSBK di Jerez yang lalu, sekaligus menganggu kekuatan di lengan tangan kiri beliau. 

Walaupun hanya berjaya menduduki tempat ke 17 setelah berhempas pulas di perlumbaan MotoGP pada Ahad, beliau dinasihatkan supaya segera membuat pemeriksaan kesihatan di Sepanyol agar dapat menentukan tahap kesihatan beliau nanti.

Untuk rekod, kali terakhir beliau memacu jentera Ducati Desmosedici didalam saingan MotoGP adalah pada tahun 2018 bersama Pasukan Angel Nieto Ducati dan menduduki tempat ke 12 keseluruhan.

Ini disebabkan pada 22 sehingga 23 November ini pelumba-pelumba WorldSBK akan menghadapi satu lagi ujian pra-perlumbaan di litar yang sama di Jerez, Sepanyol. Kami yang sempat menemuramah Adam ketika MalaysianGP Ahad lalu memaklumkan bahawa beliau akan bersama Tarran Mckenzie untuk menguji jentera CBR1000 RR-R (2023) bersama pasukan beliau iaitu Petronas MIE Racing. Semoga ada sinar bagi barisan pelumba negara didalam Kejohanan WorldSBK musim hadapan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Post a Comment

Follow Us