Perbuatan beliau tidak menghormati saya - Morbidelli

 


Morbidelli menjadi mangsa kelakuan tidak professional Aleix Espargaro yang menampar beliau selepas panas baran dengan keadaan ketika itu. Seperti yang diketahui, Aleix Espargaro kantoi telah menampar Franky ketika FP2.

Morbidelli berkata, ketika itu bendera kuning berkibar akibat Alex Marquez terjatuh dan didepan beliau ada Martin yang sama memperlahankan jenteranya. Disebabkan perkara ini, beliau terpaksa memperlahankan jenteranya.

Namun dengan tiba-tiba Aleix melaju kencang melanggar dengannya. Selepas itu Franky memotongnya kembali kerana ingin mendapatkan posisinya semula. Selepas itu, Aleix memotongnya secara menggila dan hampir membuatkannya terjatuh.

“Anda boleh melihat banyak aksi berlebihan berkali-kali daripadanya. Dia mempunyai banyak episod yang memalukan daripada membanggakan. Aku nak tahu apa yang dia akan perkatakan kepada anak-anaknya.”

Franky menyatakan perbuatan tersebut seolah-oleh tidak menghormatinya sebagai pesaing di kelas professional tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengkritik keputusan Steward yang memberi ganjaran turun 6 posisi grid.



Comments

Follow Us