Perlumbaan lasak sempena setahun Raceroom


Sempena ulang tahun pertama bertapaknya Pusat Simulator Raceroom di Malaysia semalam, satu perlumbaan ‘endurance’ dianjurkan bagi memeriahkan sambutan serta merancakkan dunia perlumbaan simulasi di Malaysia.


Seramai 68 peserta amatur dan profesional menyertai perlumbaan lasak ini dan dibahagikan kepada 17 kumpulan yang merangkumi 4 pelumba bagi setiap pasukan. Menggunakan litar Nurburgring sebagai litar perlumbaan, saingan ini berlangsung dari 9 hingga 11 malam dan pelumba akan bergilir-gilirbmemandu jentera lumba sepanjang 2 jam perlumbaan berlangsung.



Untuk rekod, pada asalnya Raceroom Asia yang ditubuhkan pada tahun 2012 hanya menyediakan perkhidmatan sewaan simulator perlumbaan kepada penganjur dan organisasi sahaja namun semenjak penghujung tahun lepas, Raceroom mempunyai pusat simulator sendiri di Eve Suite, Ara Damansara agar dapat memberi peluang kepada pengunjung, mencuba simulator perlumbaan sebenar. 

Kini Raceroom memiliki cawangan kedua di Autocity, Pulau Pinang yang dilengkapi 10 simulator perlumbaan. Waktu operasi Raceroom di Eve Suite , Ara Damansara adalah dari 4 petang hingga 12 malam pada hari biasa dan dari 12 tengahari hingga 12 malam pada hujung minggu manakala Raceroom di Autocity, Pulang Pinang dibuka dari 6 petang hingga 12 malam pada hari biasa dan 1 petang hingga 12 malam pada hujung minggu.

Raceroom juga bekerjasama dengan Arena eSports UKM Bangi untuk menyediakan tiga simulator perlumbaan bagi kegunaan pelajar serta pengunjung berdekatan UKM.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #raceroom #raceroomracingexperience #endurance #nurburgring

Comments

Follow Us