- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
MotoGP Malaysia yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang menutup tirai pada Ahad lalu. Banyak kenangan manis dan pahit kita lalui minggu ini dan semestinya banyak kekurangan yang perlu kita perbaiki.
Antara yang menariknya adalah insiden satu bekas polisterin makanan melekat pada jentera Pecco atau nama sebenar Francesco Bagnaia daripada pasukan Lenovo Ducati.
Walaupun tidak kehilangan banyak masa angkara polisterin tersebut, namun peminat MotoGP berasa hairan dari manakah datangnya ‘sampah’ tersebut sehingga mengiringi Pecco ke garisan penamat.
Seperti yang kita sedia maklum, pengunjung dilarang dari membawa sebarang makanan dari luar dan jika terlepas dari pemeriksaan keselamatan sekali pun, pagar yang tinggi sudah mampu menghalang daripada sebarang sampah atau makanan masuk ke dalam litar. Pihak marshal pun sudah membersihkan litar sebaiknya sebelum perlumbaan bermula.
Ada yang mengatakan ianya daripada Marshal kerana bungkusan itu kemungkinan datang dari luar namun hasil dari pemeriksaan kami, ternyata petugas litar termasuk marshal diberi ‘pack food’ dalam bekas plastik yang berwarna hitam, sama seperti bekas makanan kami di Pusat Media. Tambahan pula, polisterin sebegini sudah dilarang untuk penjualan mahupun penggunaan oleh peniaga atas dasar bumi hijau dimana bekas polisterin tidak mudah hancur di tanah dan tidak boleh dikitar semula.
Namun dari video yang dikongsikan oleh peminat Two Wheels kepada kami, jelas kelihatan polisterin tersebut berterbangan ketika permulaan perlumbaan Sprint. Ianya jelas dilihat dan dirakam dari tempat duduk K1 litar.
Kami yang berada disitu juga merasakan angin tiba-tiba kuat ketika perlumbaan Sprint ingin bermula dan polisterin tersebut kemungkinan secara rawak terbang memasuki litar ketika angin bertiup kencang.
Anda boleh menonton video tersebut pada pautan dibawah atau terus ke Tiktok kami. https://vt.tiktok.com/ZSN5Ns15g/
Comments
Post a Comment