- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim 2023 sampai kepenghujung rancangannya dengan acara penutup tirai hari ini di Stadium Batu Kawan. Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan keseluruhan apabila Md Akid Aziz memenangi pusingan kesepuluh ini sekaligus menyambar takhta kejuaraan bagi kategori CP150.
Pada pagi tadi ketika sesi “Super-Pole”, Azroy Hakeem tampak hebat apabila mencatatkan masa terpantas iaitu 50’561s. Beliau mengambil kedudukan pertama di petak grid diikuti oleh duo sepasukan, Afif Amran di petak grid kedua dan Akid Aziz di petak ketiga, masing-masing dengan catatan masa terpantas pada 50’621s dan 50’664s. Dengan ini, Afif Amran di kurniakan anugerah untuk kemenangan secara keseluruhan bagi sesi “Super-Pole” CP150 untuk musim ini.
Di pertengahan perlumbaan akhir tadi, Haziq Fairues yang berada di P4 cuba menutup jurang di antara Azroy tetapi Azroy meneruskan momentumnya dan mengelak sebarang kesilapan dan tekanan dari belakangnya. Sementara itu, duo sepasukan di hadapan meneruskan perlumbaan di kedudukan yang selesa. Akid hebat mempertahankan kedudukan walaupun Afif Amran memberikan cabaran. Di lap terakhir, Akid meneruskan perlumbaan tanpa melakukan sebarang kesilapan sebelum meraih kemenangan dengan catatan masa 16’52:101s dan menyambut gelaran Juara bagi kategori CP150.
Bagi kategori CP125 pula, pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangan apabila Md Khairi Ashraf menyambar gelaran juara dengan Md Fareez Afeez sebagai pemenang bagi pusingan kesepuluh.
Di sesi “Shoot-Out” yang telah berlangsung pada pagi tadi, Khairi Ashraf mencatatkan masa terpantas pada 53’394s lalu mengambil tempat pertama di grid. Di tempat kedua adalah Md Haziq Hamdan dari pasukan Castrol Power Ultimate Honda Racing Team dengan catatan masa terpantasnya pada 53’493s dan diikuti oleh Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Tekhne Yamaha dengan catatan masa terpantasnya pada 53’732s.
Walaupun Md Khairi Ashraf menamatkan perlumbaan di tempat keempat di pusingan kesepuluh hari ini, beliau mengumpulkan cukup mata untuk meraih gelaran Juara bagi kategori CP125 bagi musim ini.
Bagi kategori Wira KBS pula, Md Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing menyambut kemenangan pusingan ke 10 serta kejuaraan musim ini.
Berikut merupakan kedudukan 5 pelumba teratas bagi perlumbaan terakhir musim ini serta kedudukan keseluruhan Kejuaraan MCP 2023.
CP150
1. Md Akid Aziz, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 16:52.101
2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 16:52.290
3. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY ESTREMO TEAM, 16:59.069
4. Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 17:06.226
5. Kasma Daniel Kasmayudin PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 17:10.369
1. Md Akid Aziz, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 191
2. Ahmad Afif Amran, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, 159
3. Azroy Hakeem Anuar, Honda Yuzy Estremo Team, 144
Team Champion:
1. PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing Team
2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
3. Honda Yuzy Estremo Team
CP125
1. Md Fareez Afeez Abd Rahman, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM 13:34.564
2. Md Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:35.058
3. Md Haziq Md Hamdan, CASTROL POWER1 ULTIMATE HONDA RACING TEAM, 13:38.316
4. Md Khairi Asyraf Mahmood, JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, 13:39.326
Overall Champion:
1. Md Khairi Ashraf, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, 167 points
2. Md Shafiq Ezzariq, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, 150 points
3. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR Racing Team, 96 points
Team Champion:
1. Jetron Yamaha YYPang Racing Team
2. PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
3. PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing
5. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 13:40.131
Wira KBS
1. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, BAD LAB HONDA KC RACING, 8:22.650
2. Ahmad Iqram Danish Ahmad Ghazali, YAMAHA ESTREMO 27 RACING, 8:23.028
3. Md Akif Abdullah, BAD LAB HONDA KC RACING,8:24.430
4. Md Aiman Md Hafis, AS25 HONDA RACING TEAM,8:36.828
5. Md Firdaus Effendy Suhaimi, AS25 HONDA RACING TEAM, 8:37.181
Overall Champion:
1. Md Farish Iqmal, Bad Lab Honda KC Racing Team, 175 points
2. Md Iqram Danish, Yamaha Estremo 27 Racing Team, 148 points
3. Amirun Haziq Johan, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing, 141 points
Comments
Post a Comment