Rangkuman ujian Pirelli bagi Moto2 dan Moto3 di Valencia


Barisan pelumba dan jentera Moto2 serta Moto3 telah selesai melakukan ujian keatas tayar baharu keluaran Pirelli bagi kegunaan kejohanan bermula musim hadapan. Ujian ini amat kritikal kerana maklumbalas dari pelumba serta pasukan dapat digunakan oleh Pirelli untuk persiapan saingan kelak.


Untuk rekod, tayar Diablo keluaran Pirelli menggantikan penggunaan tayar Dunlop sebelum ini bagi saingan Moto3 dan Moto2. Secara keseluruhan, pelumba dapat mengadaptasi tayar baru dengan cepat dan rata-rata menyifatkan karakter tayar Diablo keluaran Pirelli tidak banyak berbeza dari tayar Dunlop.







Ujian semalam juga menyaksikan beberapa pelumba baru memasuki saingan Moto3 seperti pelumba dari Thailand, Buasri serta pelumba-pelumba dari Moto3 yang naik ke kelas Moto2 seperti Masia, Sasaki, Mario Aji dan lain-lain. Berikut merupakan catatan masa gabungan setelah selesai tiga sesi ujian semalam.

Catatan masa ujian Moto3 :

1. Holgado, KTM, 1:37,300 min
2. Rueda, KTM, + 0.383
3. Alonso, GAS GAS, + 0.675
4. Adrián Fernández, Honda, + 0.833
5. Almansa, Honda, + 0.849
6. Bertelle, Honda, + 0.878
7. Veijer, Husqvarna, + 0.961
8. Ortolá, KTM, + 0.966
9. Piqueras, Honda, + 0.991
10. Farioli, Honda, + 1,017
11. Lunetta, Honda, + 1,101
12. Roulstone, KTM, + 1.211
13. Muñoz, KTM, + 1,219
14. Kelso, KTM, + 1,433
15. O'Shea, Honda, + 1,514
16. Yamanaka, KTM, + 1,659
17. Zurutuza, KTM, + 1,696
18. Furusato, Honda, + 1,777
19. Carraro, KTM, + 1,967
20. Esteban, GASGAS, + 2,102
21. Dettwiler, KTM, + 2,204
22. Buasri, Honda, + 2,291
23. Suzuki, Husqvarna, + 2,405
- Fellon, KTM, no time

Catatan masa ujian Moto2 :

1. Lopez, Boscoscuro, 1:33,061 min
2. Canet, Kalex, + 0.013 sec
3. Aldeguer, Boscoscuro, + 0.090
4. Gonzalez, Kalex, + 0.209
5. Arenas, Kalex, + 0.241
6. Dixon, Kalex, + 0,311
7. Arbolino, Kalex, + 0.322
8. Escrig, Forward, + 0.378
9. Baltus, Kalex, + 0.390
10. Chantra, Kalex, + 0.392
11. Foggia, Kalex, + 0.501
12. Masia, Kalex, + 0.526
13. Agius, Kalex, + 0.531
14. Guevara, Kalex, + 0,581
15. Bendsneyder, Kalex, + 0,630
16. Alcoba, Kalex, + 0.648
17. Salac, Kalex, + 0.662
18. V/d Goorbergh, Kalex, + 0.673
19. Darryn Binder, Kalex, + 0.764
20. Garcia, Boscoscuro, + 0.810
21. Ogura, Boscoscuro, + 1,055
22. Vietti, Kalex, + 1,189
23. Cardelús, Kalex, + 1,282
24. Moreira, Kalex, + 1.292
25. Aji, Kalex, + 2,173
26. Sasaki, Kalex, + 2,581
27. Öncü, Kalex, + 2,678
28. Artigas, Forward, + 3,230

Comments

Follow Us