RC213V 2024 tampil lebih radikal


Ujian rasmi MotoGP sebagai penutup musim 2023 serta persiapan pasukan untuk menghadapi musim 2024 berlangsung semalam di Litar Ricardo Tormo, Valencia, memberi pengalaman baru kepada pelumba yang baru bertukar kepada jentera pengeluar lain seperti Alex Rins, Luca Marini, Marc Marquez dan pelumba rookie dari Moto2, Pedro Acosta.

Honda tidak ketinggalan menampilkan jentera baru untuk diuji barisan pelumba mereka iaitu Joan Mir, Luca Marini, Taka Nakagami dan Johan Zarco. Luca menguji jentera RC213V sebanyak 72 pusingan mengelilingi Litar Ricardo Tormo dan berjaya mencatat masa terbaik 1’29.956 saat, berada pada kedudukan ke 10 didalam carta ujian masa semalam, menyaksikan hanya beliau berjaya membawa jentera keluaran Jepun di kelompok 10 teratas.

Untuk rekod, Honda memperkenalkan jentera serba baharu untuk ujian semalam dimana jika dilihat dari luaran, jentera RC213V telah mendapat sentuhan baharu dari segi perubahan casis, aero, fairing, ekzos dan swing arm.




Berdasarkan komen positif dari Joan Mir dan Luca Marini serta krew teknikal Pasukan Repsol Honda, masing-masing tidak sabar untuk kembali menguji jentera RC213V 2024 ketika SepangTest kelak dan percaya jentera tersebut di laluan yang betul untuk kembali bersaing dengan jentera Eropah yang lain.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP

Comments

Follow Us