RNF kena ‘lipak’ dengan CryptoDATA

Beredar di media-media antarabangsa bahawa Nasib pasukan RNF di MotoGP kini di hujung tanduk. 

RNF di khabarkan mengalami krisis kewangan dan penaja utama RNF, CryptoDATA tidak membayar penajaan seperti yang di janjikan. 

Menurut sumber daripada GPOne, pemegang-pemegang saham baru CryptoDATA tidak memberikan hak yang sepatutnya RNF dapat pada musim 2023.

Tidak hanya itu, Syarikat daripada Romania tersebut juga belum membayar sebarang duit kepada Dorna selepas menjadi penaja utama GP Australia musim ini.

RNF akan bertukar pemilik dan perkara ini dikuatkan lagi oleh Boss Aprilia, Massimo Rivola yang menyatakan mereka telah menemui investor terbaharu daripada USA.

Inverstor atau penaja terbaharu tersebut adalah Trackhouse Racing milik salah seorang pelumba Nascar, Justin Marks dan dikatakan pasukan ini telah terjual kepadanya.

Apa yang menguatkan rumor ini adalah apabila Dato’ Razlan Razali memuat naik satu posting di FB throwback setiap jentera yang di lancarkan tahun-tahun sebelum. 



Jika kita melihat cara posting ini, gaya penulisan Dato seolah-olah seperti ucapan farewell kepada pasukan tersebut.

Semoga berita ini tidaklah benar kerana meletakkan satu team di MotoGP bukanlah perkara yang mudah dan peluang tidak selalunya ada. Kita haruslah berbangga ada anak Malaysia mempunyai satu pasukan disana bagi memudahkan urusan pelapis negara menjadi pelumba MotoGP seterusnya di masa hadapan.


Comments

Follow Us