RNF tidak mendapat sokongan Aprilia?

 


Semenjak pertukaran jenama jentera dari Yamaha ke Aprilia menampakkan hasil positif di awal musim 2023, kini ia seakan melalui fasa sukar apabila pelumba muda pasukan RNF, Raul Fernandez tanpa berselindung memberi komen negatif terhadap Aprilia. 

Perihal ini diluahkan sendiri oleh beliau kepada wartawan semasa berlangsungnya MalaysianGP di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS tempohari. Beliau tegas menyatakan Aprilia tidak banyak membantu pasukan satelit nya iaitu RNF. Aprilia sepatutnya mencontohi pasukan Ducati yang rata-rata setiap pasukan dibawahnya (satelit dan kilang) akan diberikan bantuan teknikal secukupnya. Ia membuatkan Raul berasa seakan terasing oleh Aprilia, malah beliau menyatakan bahawa benda baru yang diperolehi dari Aprilia hanyalah tayar baru untuk kegunaan Pasukan RNF. 

Bagi beliau, kesalahan atau kekurangan ini tidak boleh diletakkan keatas Pasukan RNF kerana mereka sepasukan telah pun melakukan yang terbaik dan kekal fokus kepada kehendak pelumba dengan memberikan segala keperluan sehabis baik walaupun sebagai pasukan satelit. Apa yang beliau kecewa adalah kurangnya sokongan daripada pihak Aprilia itu sendiri.

Untuk rekod, Pasukan RNF merupakan pasukan satelit kedua beliau sertai didalam saingan MotoGP setelah berpindah dari Pasukan Tech3 KTM.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us