- Get link
- X
- Other Apps
Seperti yang kita sedia maklum, kontrak kerjasama antara Pasukan VR46 dan Ducati didalam kancah MotoGP akan berakhir pada penghujung musim 2024. Setakat ini Rossi masih berdiam diri mengenai masa depan pasukan milik beliau namun dengan penyertaan Pertamina sebagai penaja utama pasukan tersebut bermula musim hadapan, ianya bagai memberi nafas baru kepada Pasukan VR46.
Umum mengetahui bahawa kos operasi bagi sesebuah pasukan MotoGP amatlah tinggi dan penyertaan Pertamina selaku penaja utama pasukan amat bermakna buat Rossi kerana pasukan dapat berkembang dengan lebih baik selepas ini.
Pengeluar manakah yang bakal bersama Rossi menjelang musim 2025? Dikhabarkan Yamaha bakal kembali bersama Rossi untuk mengambil satu ‘slot’ pasukan satelit didalam MotoGP, menggantikan ‘slot’ pasukan satelit Ducati kelak.
Walaupun masih terlalu awal untuk membuat keputusan namun segala perancangan perlu diatur dari sekarang agar ianya berjalan lancar dan dapat direalisasikan menjelang 2025. Adakah gabungan Yamaha dan Rossi bakal terjadi?
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment