Saya Harap Kekal Di Kelas Perdana - Fabio

 


Kemenangan berprestij Fabio Di Giannantonio di QatarGP hujung minggu lepas membuktikan beliau masih relevan untuk terus dikekalkan di dalam saingan kelas perdana MotoGP namun dengan kehadiran Marc Marquez yang bakal menggantikan beliau di Gresini Racing musim depan seakan menutup ruang beliau untuk terus kekal beraksi di MotoGP.

Pemuda kelahiran Rome, Itali ini mula menunjukkan peningkatan menjelang penghujung kontrak beliau bersama Gresini Racing dimana beliau berjaya menjejak kaki ke podium sebanyak dua kali setakat musim ini. 

Bercakap kepada media, beliau kini mempunyai tiga pilihan untuk menghadapi musim hadapan iaitu kekal di kelas perdana sebagai pelumba simpanan dan ujian (pelumba ketiga), menyertai Pasukan Mooney VR46 jika dapat menggantikan Luca Marini atau turun ke kancah Moto2 menggantikan Fermin Aldeguer di Speed Up Racing.

Berbaki satu pusingan di Valencia penghujung minggu ini, pastinya Fabio berharap untuk mendapat kepastian mengenai masa depan beliau agar tidak terus terumbang ambing dibawa arus dan masih berharap untuk terus kekal di MotoGP. Adakah beliau layak kekal?

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us