Saya rasa mereka (Michelin) mencuri gelar juara dunia saya - Martin

 

📷Prima Pramac

Jorge Martin sekali lagi gagal menunjukkan prestasi cemerlangnya pada perlumbaan utama dengan hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke 10. 

Beliau berkata bahawa beliau tidak tahu dan sangat sukar untuk memperkatakannya. Martin berkata, kita boleh lihat daripada permulaan lagi tayarnya spin dan terasa seperti Batu. Sejak itu beliau cuba untuk mengatur strategi namun beliau hampir jatuh di setiap selekoh. 

Dalam emosi, Martin menuduh Michelin memberinya tayar yang bermasalah dan dalam masa yang sama berkata bahawa Michelin telah mencuri gelar juara dunia daripadanya.

“Mungkin perkara ini telah berlaku kepada Pecco sebelumnya tetapi ianya tidak pernah terjadi kepada saya. Tentu saja saya frust dan kecewa dengan prestasi sendiri dengan kehilangan sebahagian besar pada hari ini” katanya  

“Michelin perlu menganalisa mengapa hal ini berlaku” tutupnya.

Kejadian tersebut sebenarnya bukan terjadi kepada Marin sahaja namun Pecco juga merasai masalah yang sama ketika Sprint. 

Comments

Follow Us