- Get link
- X
- Other Apps
Umum mengetahui bahawa Honda kini memang serius membangunkan jentera mereka untuk 2024.
Kali ini, tiada langsung imput dari Marc Marquez dan jentera baharu ini dikatakan bakal mempunyai perubahan yang drastik dan akan lebih mudah dibawa oleh semua rider.
Di dalam group facebook MotoGP Tech, ada pengguna yang bernama Jonathan Bing berkongsi gambar jentera Honda yang diuji ketika test tertutup di Jerez bersama ujian WSBK.
📷Jonathan Bing (MotoGP Tech)
Kelihatan jentera baharu ini sepertinya lebih besar, rendah dan memanjang. Paling ketara adalah design bahagian fairing hadapan, sisi dan salad box di bahagian belakang.
📷James Carlo Batomalaque Gabunales
Selain itu, pasukan Ducati juga menyertai ujian tersebut dan kelihatan design ekor baharunya yang lebih lebar. Nampaknya gambar ini masih rahsia kerana kami masih tidak mendapat gambar penuh dan HD daripada mana-mana sumber setakat ini.
Adakah ini titik permulaan comeback Honda? Kita nantikan.
Comments
Post a Comment