- Get link
- X
- Other Apps
📷CryptoDATA RNF MotoGP |
Tahun 2023 tahun yang harus dilupakan bagi Miguel Oliveira. Beliau dibelenggu nasib kurang baik sejak awal musim lagi.
Nasib malang Oliveira kini semakin berlanjutan apabila beliau terpaksa berada dalam pemulihan lagi kerana terlibat kemalangan di Qatar tempoh hari ketika Sprint Race.
Umum mengetahui bahawa Miguel adalah pelumba yang mampu memberikan saingan dengan apa yang ditunjukkan pada pre season test dan juga prestasinya ketika perlumbaan di Silverstone ketika beliau hampir podium.
Tambahan pula ketika race di Portugal round 1, Oliveira bersaing untuk kemenangan sebelum dihentam Marc Marquez dan terpaksa berehat untuk sekian lama.
Oliveira yang dicanang akan menjadi rival berat semua orang dari awal musim kini hanya menjadi mimpi. Kini, sekali lagi beliau terpaksa berehat akibat tercedera patah tulang belikat kanan ketika kemalangan highside di Qatar.
Beliau berkata ini adalah risiko dalam perlumbaan dan kemalangan itu adalah ‘racinf incident’. “Sayangnya saya melanggar rakan sesama Aprilia sendiri dan ianya sangat mengecewakan saya” ungkapnya.
Pasti ianya akan membawa kesan dan proses pemulihan akan mengambil jangka masa yang panjang. Miguel kemungkinan akan berehat sehingga Februari 2024 dan ini sangat merugikan beliau apabila beliau tidak dapat berlatih atau beraksi di atas jentera untuk membuat persiapan tahun depan.
Comments
Post a Comment