Tempat Enea Bastianini tidak tergugat

 

📷Motorpasionmoto

Calon Juara Dunia 2023, Jorge Martin tidak boleh ganti tempat Enea di Ducati Kilang pada 2024. 

Desas desus ini mula beredar dalam pemerhati MotoGP apabila Enea tidak dapat menunjukkan prestasi cemerlangnya pada tahun ini bersama Pasukan Rasmi. Tidak seperti Di Gresini, Enea mampu meraih Podium dan kemenangan serta dikatakan bakal menjadi pesaing Pecco 2023. 

Namun sebaliknya terjadi apabila beliau terpaksa melalui musim yang sukar dengan cedera pada awal musim dan seterusnya amat bergelut untuk memahami jentera GP23. 

Jorge Martin pula kian konsisten dan makin bertambah matang dengan kurangnya crash dan selalu mencatatkan pole dan diuntungkan dengan kemenangan sprint. 

Manager Enea, iaitu pemerhati MotoGP, Carlo Pernat menegaskan tempat Enea tidak akan diganti sehingga 2024. 

Ini kerana Ducati telah menandatangani kontraknya sehingga 2024. Sebenanrnya, ada klausa yang kontraknya boleh berubah, tapi tempoh itu selewat-lewatnya adalah 30 ogos lalu. Sebelum tarikh tersebut, Ducati dibolehkan menukar fikiran sama ada nak tukar pelumba, sambung dan sebagainya. 

Jadi, pada tarikh tersebut, Ducati telah setuju untuk memperpanjangkan kontrak Enea sehingga musim depan. 

Comments

Follow Us