Toprak tidak suka syarat Yamaha

 

📷WSBK

Ketika Jonathan Rea menguji Yamaha 2024 miliknya dan Andrea Iannone menunggang Ducati tahun depan, Razgatlioglu perlu menunggu lebih lama sebelum menaiki motosikal baharunya iaitu BMW. 

Mesti korang pelik kenapa tiada Toprak dalam WSBK test baru-baru ini? Jawapannya adalah Toprak sendiri menolak untuk melakukan test tersebut. 

Razgatlioglu akan meninggalkan Yamaha untuk BMW musim depan tetapi kontraknya dengan pengeluar Jepun tersebut berlangsung sehingga 30 November 2023.

Pengurus perlumbaan Yamaha memberinya tawaran yang akan membolehkannya menguji BMW pada ujian Jerez seterusnya pada 22-23 November, tetapi ianya ditolak.

Sumber daripada Speedweek, Toprak boleh melakukan test tersebut tetapi perlu memakai suit serba hitam tanpa penaja dan tidak boleh buat sebarang komen tentang perbandingan Jentera Yamaha dan BMW. Perkara ini tidak disukai oleh Toprak lalu menolak permintaan tersebut dan rela menunggu sehingga kontrak tamat.

Minggu lalu, Pengurus Yamaha Motor Europe Andrea Dosoli berkata: “Seperti yang anda tahu, adalah hasrat kami untuk meneruskan Toprak pada tahun-tahun akan datang tetapi dia memilih sesuatu yang berbeza dan kami menghormatinya sepenuhnya. Toprak kemungkinan besar adalah penunggang yang mempunyai masa depan yang paling cemerlang, memandangkan umur dan prestasinya.

"Terdapat perjanjian yang jelas sehingga akhir November yang saya kami berdua menghormatinya."

Pengurus pasukan BMW Shaun Muir menambah: "Kami meminta Toprak untuk menguji, tetapi kami mesti menghormati kontrak yang telah ditandatangani pada hari itu dan kami juga mungkin akan meminta untuk melakukan perkara yang sama  


Comments

Follow Us