Uccio prefer Pelumba Moto2 untuk ganti Marini

 


Umum mengetahui hampir pasti adik tiri juara dunia 9 kali, Valentino Rossi iaitu Luca Marini akan berpisah dengan pasukan Mooney VR46 Racing team musim depan. 

Walaupun telah menandatangani kontrak bersama pasukan tersebut untuk 2024, ternyata offer dari kilang Honda hadir memberikan dilema. 

Setiap pelumba, pastinya mereka inginkan pasukan kilang berbanding Satellite. Ini kerana feedback mereka lebih didengar dan diutamakan oleh pasukan kilang berbanding satellite.

Tambah pula Marini ingin lari daripada bayangan abangnya Rossi yang dilabel ‘kabel cekang’ selama ini. Apabila membuat keputusan tersebut, pasukan perlulah mencari pengganti Marini.

Walaupun pelumba Gresini, Fabio Digiannatonio open to work musim depan, ternyata ianya tidak menarik minat pasukan VR46 untuk mengambilnya. Justeru, mereka lebih memilih pelumba muda yang datang daripada Moto2.

Nama hebat yang diperkatakan sekarang ini adalah Fermin Aldeguer dan Tony Arbolino. Siapakah bakal mengisi tempat tersebut? Kita nantikan.


Comments

Follow Us