Valentino Rossi hadir ke Valencia untuk penentuan seat VR46

 


Juara dunia 9 kali MotoGP, Lagenda dan Pemilik pasukan Mooney VR46 Racing Team hadir ke Valencia minggu ini. 

Selain daripada memberi semangat kepada Pecco untuk merebut gelar juara dunia, Valentino Rossi dikhabarkan datang ke Valencia untuk membincangkan mengenai pengganti Marini di VR46. 

Kekosongan yang di tinggalkan oleh Marini nyata membuatkan pihak atasan pening kerana waktu yang singkat untuk mencari pengganti sebelum Valencia test minggu depan. 

Ini memberi tugasan yang amat berat kepada Uccio selaku orang yang mengendalikan pasukan tersebut. Jadi, tuan punya team, Valentino Rossi datang untuk membantu penentuan seat tersebut. 

“Kami mempunyai 2 pilihan, Valentino adalah bos sebenarnya untuk penentuan. Beliau datang kesini untuk berbicara sampai menemukan keputusan yang tepat.” Ungkap Uccio  

Nama Fabio Digiannatonio kini menjadi calon utama untuk menggantikan Marini namun Uccio menambah pilihan ke 2 daripada Moto2 bukanlah Fermin yang digempar gemburkan sebelum ini

Pilihan sekarang adalah sama ada mereka perlu memilih pelumba berpengalaman yang menganggur ataupun pilih pelumba pelapis muda. 

Comments

Follow Us