4 Pelumba MotoGP yang pernah memandu F1

📷F1/Monster Energy/ Redbull

Dalam dunia permotoran, kita tidak asing dengan 2 sukan yang paling berprestij ini dan mempunyai ramai peminat iaitu F1 dan MotoGP. 

Kebelakangan ini, Kedua-dua sukan ini sangat dekat dan sering bekerjasama semenjak Liberty Media mengambil alih F1. Sering kita lihat pemandu F1 juga ada yang meminati sukan MotoGP begitu juga sebaliknya yang terjadi kepada Pelumba MotoGP yang meminati F1. 

Bukan setakat minat, logo F1 juga ada di salah satu pasukan di MotoGP menandakan kedua-dua sukan ini sangat rapat untuk bekerjasama. 



Kini, kami senaraikan pelumba-pelumba MotoGP yang pernah dan berpeluang memandu jentera F1


1) Jorge Lorenzo



Lorenzo pernah memandu jentera Mercedes pada 2016. Beliau mengambil peluang ketika cuti musim sejuk dengan memandu jentera F1 W05 Hybrid di Litar Silverstone.


2) Dani Pedrosa




Beliau memandu jentera F1 Scuderia Torro Rosso di Redbull Ring. 


3) Marc Marquez






Pada acara sama dengan Pedrosa cuma hari yang berbeza, Marc Marquez juga diberi peluang untuk mencubanya. Kedua-dua pelumba Repsol Honda tersebut diberi peluang mencuba jentera F1 sebagai tanda hadiah daripada Redbull kepada pelumba mereka itu. 


4) Valentino Rossi

Rossi telah mencuba jentera F1 dengan 2 pasukan yang berbeza. 






Pertama, beliau pernah mencuba jentera Ferrari dalam ujian pra musim pada tahun 2004 dan mencatatkan masa yang agak baik. Beliau hampir berlumba sepenuh masa di F1, namun lebih memilih untuk terus bertahan di MotoGP. 






Kedua, Pada tahun 2019, beliau membuat acara swap jentera bersama Lewis Hamilton dengan memandu kereta Mercedes sementara Hamilton memacu jentera M1 Yamaha. 

Kesimpulannya, kesemua mereka dapat serasi dengan baik dengan mencatatkan masa yang agak pantas. Sebagai seorang pelumba, mereka sangat pakar di dalam litar dengan apa jua kenderaan yang dibawa. Itulah skill yang ada pada seseorang pelumba berkaliber.

Comments

Follow Us