Aura superstar Marc Marquez.


Perhatian yang diberikan kepada juara dunia MotoGP 8 kali, Marc Marquez nampaknya tidak putus-putus. Sejak dari mula-mula sertai kategori perdana hinggalah sekarang, berita-berita mengenai beliau sentiasa terpampang di ke semua media.

Tak dinafikan, Marc dalam kancah dua roda ini merupakan seorang superstar lalu menjadikan dirinya amat popular dan diminati ramai. Oleh sebab itu tidak hairanlah kenapa banyak pihak penaja sudi menjalinkan kerjasama dengannya walaupun ketika beliau berada di ambang kejatuhan.

Perpindahan Marc ke kem Ducati telah menarik banyak kamera untuk merakam aksi-aksinya di Valencia pada sesi ujian rasmi yang lalu. Cerita berkenaan dirinya telah menenggelamkan berita-berita berkenaan juara dunia 2023, Pecco Bagnaia dan juga pelumba-pelumba lain.

Dalam pemerhatian dan pandangan seorang jaguh Ducati, Fabio DiGiannantonio, beliau menyifatkan keadaan Marc di Ducati musim ini telah berjaya melonjakkan lagi nama Ducati untuk menjadi popular serta lebih masyhur. Ini dilihat sebagai satu kelebihan bagi pihak Ducati dalam mengukuhkan jenama mereka di mata dunia. Adapun bagi reputasi Marc sendiri sebagai seorang pelumba, Fabio percaya bahawa pelumba dari Sepanyol itu tidak mudah mencapai kemenangan walaupun sudah memacu jentera terbaik Dunia.

Comments

Follow Us