Brivio buruan pasukan MotoGP


Setelah tiga tahun bersama Pasukan F1 Alpine, akhirnya Davide Brivio meninggalkan pasukan tersebut demi mengejar cita-cita beliau untuk kembali ke kancah MotoGP. Kini beliau dikhabarkan menjadi buruan TIGA pasukan MotoGP iaitu Pasukan Repsol Honda, Monster Yamaha dan Pertamina Enduro VR46 Racing.

Kelahiran Itali, Brivio memulakan kerjaya didalam sukan permotoran sebagai komentator perlumbaan di Monza serta menulis artikel berkenaan sukan permotoran untuk majalah sukan. Beliau seterusnya menjadi pegawai akhbar bagi pelumba WorldSBK sebum menjadi Pengurus Pasukan WorldSBK Yamaha Factory dari tahun 1995 hingga 2000.

Bermula tahun 2001, Brivio menjadi Pengurus Pasukan Yamaha didalam Kejohanan MotoGP dan beliau juga bertanggunjawab untuk membawa Valentino Rossi masuk dari Honda pada tahun 2004. Sepanjang meneraju Yamaha, Rossi bergelar juara dunia pada tahun 2004, 2005, 2008 dan 2009 serta Lorenzo pada tahun 2010.

Dengan perpindahan Rossi ke Ducati pada tahun 2011, Brivio meninggalkan Yamaha dan menjadi konsultan kepada Rossi serta Program Pembangunan Pelumba VR46. Dengan pembentukan semula Pasukan Suzuki pada tahun 2013, sebagai persiapan untuk kembali ke MotoGP pada tahun 215, Brivio ditugaskan sebagai Pengurus Pasukan dan kekal bersama Suzuki sehingga pasukan tersebut mengumumkan untuk meninggalkan arena MotoGP pada penghujung musim 2022.

Davide Brivio merupakan antara pengurus pasukan yang berjaya didalam arena MotoGP apabila membawa pasukan menjadi Juara Pasukan sebanyak 6 kali, Juara Dunia pelumba sebanyak 6 kali dan Juara Pengeluar sebanyak 4 kali. Dengan rekod baik yang dipegang oleh Brivio selama ini, tidak mustahil beliau menjadi buruan pasukan-pasukan MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Motocyclesport.net

Comments

Follow Us