- Get link
- X
- Other Apps
📸 Autosport
Kejayaan merangkul gelaran juara dunia bukanlah hasil kerja berseorangan pelumba akan tetapi ia merupakan kejayaan seluruh individu dalam pasukan dan antara insan terpenting ialah ketua krew yang bertungkus lumus mengatur gerak kerja supaya jentera dapat berada dalam prestasi yang optimum.
Marc sebelum ini dalam keberhasilan mendapat gelaran juara dunia di MotoGP sebanyak 6 kali adalah ketika bekerja dengan Santi Hernandez. Hubungan antara keduanya amat baik dan saling memahami lalu hasil kerjanya menjadi cemerlang namun kini Marc sudah ke Gresini dan tidak lagi bersama Santi.
Pun begitu di garaj Gresini, individu yang menjadi ketua krew Marc bukanlah orang sebarangan. Frenkie Carchedi juga pernah merangkul gelaran juara dunia ketika bersama dengan Joan Mir sewaktu di Pasukan Suzuki dahulu. Selepas pasukan dari Jepun tersebut meninggalkan MotoGP maka Frenkie diambil oleh Gresini dan bertanggungjawab menguruskan Fabio DiGiannantonio. Kita dapat lihat tahap kemajuan Fabio di pasukan tersebut pada tahun keduanya dan ia bukti bahawa kerja Frenkie amat berkualiti.
Comments
Post a Comment