Bukan 'latest' GP23 buat Marc?

Ducati antara kem yang mempunyai paling banyak jentera di kejohanan MotoGP iaitu 8 buah memandangkan ia dibela oleh 4 pasukan. 3 pasukan satelit mereka ialah Pramac Racing, Gresini Racing dan VR46. Antara tiga pasukan satelit ini hanya Pramac Racing sahaja yang turut mendapat jentera yang 100% sama dengan pasukan kilang.

Pada tahun ini, Jorge Martin dan Johan Zarco ialah pelumba-pelumba bagi Pasukan Pramac Racing maka mereka berdua memacu jentera yang turut mendapat 'parts' baharu seperti mana Pecco di Pasukan Ducati Lenovo. Walaubagaimanapun bagi Johan Zarco selepas setengah musim beliau tidak lagi diberi 'parts' baharu selepas mana dirinya tidak disambung kontrak oleh Ducati untuk musim 2024 nanti. Maka secara langsung ia bermakna 'spec' jentera Martin dan Zarco adalah tidak sama.

Bagi dua lagi pasukan satelit yang lain sudah ditetapkan bahawa mereka hanya menggunakan jentera setahun tua. Walaupun begitu kita masih boleh nampak bahawa mereka tetap mampu tampil kompetetif. Bagi musim hadapan, ke semua pelumba di Pasukan VR46 dan Gresini akan menggunakan Desmosedici GP23.

Walaubagaimanapun kini telah tersebar berita yang mana pendatang baharu di kem Ducati iaitu Marc Marquez bukanlah menggunakan jentera Desmosedici GP23 yang paling terbaru seperti mana digunakan oleh Pecco pada tahun ini namun hanya diberi GP23 milik Johan Zarco yang sedikit kekurangan 'parts' baharu. Dikhabarkan lagi bahawa ketetapan yang sedia ada itulah yang akan digunakan oleh Marc bagi keseluruhan perlumbaan dalam musim 2024 nanti. Tidak diketahui kenapa ia ditetapkan sebegitu kerana kelihatan agak tidak adil buat Marc dan juga Gresini Racing. 

Comments

  1. Buah pikiran 1.5Sen sy :
    GP23 Zarco pun bkn biasa2. Lagipun Zarco memacu sampai Juara 1 GP circuit. Makna kata, Moto GP23 kompetetif utk bersaing. Jadi, klu #MM93 Cemerlang Terbilang Gemilang maka kita boleh letak 1 standard yg tinggi utK Marc. (Harap2 begitula) - (Sy pun Fans Marc)
    Tahun 2023 - kita nampak bagaimana Team VR46 bagi saingan yg gila2 juga utk Overall ChampionS..
    My Conclusions: Fair for Marc n Team..👌 #HonaQPoliaQ
    #Geng09KuninBiru

    ReplyDelete
  2. Mm ni the special one .....tau ler apa nk dibuatnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us