Chamber Hiperbarik untuk pemulihan kecederaan dengan pantas


Pelumba MotoGP adalah kumpulan yang tidak kenal erti takut. Mereka mempunyai hati kering kerana boleh menunggang mencecah sehingga 350kmj hanya di atas jentera 2 roda. Namun, apa yang tidak masuk akal adalah mereka boleh kembali beraksi dalam waktu yang singkat. Kita bukan bercakap mengenai otot sahaja, namun seperti patah tulang dan lebih teruk lagi.

Menerima 100 peratus oksigen dalam ruang atmosfera yang bertekanan khas, ubat hiperbarik telah digunakan oleh beberapa penunggang untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan mereka daripada patah tulang di dalam chamber hiperbarik.

Randy de Puniet salah seorang yang menggunakan teknologi ini ketika beliau mengalami cedera patah kaki pada 2010 dan mencuba untuk kembali. Ianya dapat membantu beliau kembali hanya dalam masa 26 hari selepas cedera. sama yang terjadi kepada Alvaro Bautista pada 2011.

Alvaro Bautista dalam ruang chamber hiperbarik

Apakah itu chamber hiperbarik pemulihan kecerderaan?

Chamber hiperbarik mencipta persekitaran yang tertutup di mana pengguna terdedah kepada kepekatan oksigen yang lebih tinggi, pada tekanan atmosfera yang sedikit lebih tinggi. Semakin banyak oksigen yang badan anda boleh serap, semakin baik badan dan otak anda berfungsi, dan semakin baik anda berasa. 


Rajah 1: Chamber hiperbarik pemulihan kecederaan. CREDIT KEPADA https://www.airpodwellness.com/products/

Bilik hiperbarik AirPod memampatkan udara bilik kepada kira-kira 1.3 kali tekanan atmosfera normal, setara dengan kedalaman 3 meter di bawah air. Ini dikenali sebagai terapi hiperbarik ringan, dan secara amnya selamat untuk digunakan secara berkala tanpa komplikasi yang diketahui. 

Bilik AirPod direka untuk mempromosikan kesejahteraan, bukan sebagai peranti perubatan untuk merawat sebarang keadaan tertentu. Pada tekanan atmosfera normal, aliran darah kita 97% terisi dengan oksigen, dengan setiap sel darah merah membawa empat molekul oksigen.

Chamber hiperbarik diperbuat daripada bahan-bahan seperti kapsul aluminium gred perubatan, bingkai keluli tahan karat dan pintu geseran polikarbonat. Oleh itu, dengan bahan serta teknologi canggih yang digunakan untuk membangunkan chamber ini tidak hairanlah harga sebuah chamber ini boleh mencecah sehingga 500 ribu Ringgit Malaysia bagi memiliki sebuah chamber. 

Kelebihan Chamber hiperbarik pemulihan kecerderaan

- Meningkatkan kadar rehat tubuh badan
- Memendekkan masa pemulihan selepas kecederaan
- Mengurangkan risiko kecederaan
- Meningkatkan stamina semasa latihan dan pertandingan
- Mengurangkan keradangan dan bengkak
- Memberikan tidur yang lebih berkualiti 

SUMBER RUJUKAN

Comments

Follow Us