Daya Visualisasi dan Imageri pelumba MotoGP

 

📷MotoGP

Visualisasi dan Imageri menguasai diri

Gambar 1: Sumber Instagram Motogp Official

Visualisasi merupakan satu perbuatan, perlakuan yang menekankan kepada pembentukan imej atau gambaran di dalam minda untuk memberikan bayangan kepada anggota tubuh tentang sesuatu fizikal seperti yang digambarkan. 

Contohnya, sepertimana dapat dilihat beberapa segmen yang mana pelumba Motogp meneka ukiran litar yang ada di dalam kalender kejuaraan dunia dengan hanya menyetuh menggunakan jari tangan sambil matanya ditutup rapi dengan sleep mask, namun begitu pelumba Motogp masih dapat meneka ukiran litar dengan tepat. Hal ini menunjukkan bahawa mereka telah terlatih dengan begitu baik sehingga dapat mengetahui sesuatu litar dengan hanya menyetuhnya sahaja.


Gambar 2: Proses imageri berlaku, Sumber pencarian google

Sementara itu, Imageri adalah proses minda yang melibatkan lima deria yang dimiliki oleh manusia dengan membayangkan perasaan gerakan tertentu bagi mengatasi kebimbangan @ anxiety dalam diri. 

Tambahan lagi, perbuatan ini dilakukan untuk memberi pelumba merasai ketenangan tambahan bagi berdepan dengan situasi penting pada hari sabtu (qualifying dan sprint race) serta hari ahad (perlumbaan utama).

Hal ini juga dapat memberikan pelumba bayangan awal terhadap sasaran yang mereka mahu capai dalam Grand Prix pelumbaan yang tersenarai pada kalender kejuaraan Motogp. Sebagai contoh, pada sesi bersama media di Thailand Grand Prix 2023 yang lalu pelumba Pramac Ducati iaitu Jorge Martin menjangkakan dapat membuat masa sepusingan dengan 1:29.468 tetapi pada qualifying Jorge Martin telah membuat masa terpantas 1:29.287 dan akan bermula pada pole position di grid pada perlumbaan.

Hal ini menunjukkan bahawa Jorge Martin telah melakukan persiapan rapi termasuk dari segi psikologi sukan untuk mencapai puncak prestasi pada masa yang tepat.

Gambar 3: Sumber Instagram Motogp Official

Gambar 4: Sumber Crashnet

Tambahan, ini berkaitan memori. Marc Marquez pernah diberi Cabaran untuk mengenal pasti nama litar dengan hanya mendengar bunyi jentera onboard sahaja. Ianya dapat diteka dengan tepat oleh beliau dimanakah litar tersebut dimainkan.

Sumber rujukan

https://sportsandthemind.com/imagery-and-performance/

Comments

Follow Us