Enjin lebih mahal daripada rumah.

                                           ðŸ“¸ MotoGP

Enjin merupakan bahagian pertama yang dibangunkan untuk menjadikan jentera bergerak pantas. Ia tunjang utama dalam setiap gerak kerja pembangunan. Ia merupakan satu mesin kompleks yang menghemburkan kuasa kuda lebih daripada 300. 

Kebanyakan enjin jentera-jentera yang betanding di arena MotoGP menggunakan jenis 'V' maka saiznya akan lebih kecil berbanding dengan jenis sebaris. Pun begitu ia bukan bermakna harganya turut menjadi rendah.

Bagi jentera Honda, enjin mereka yang diberi nama RC213V memakan kos binaan sebanyak RM1.25 juta untuk sebuah. Dalam setahun setiap pelumba dibenarkan untuk menggunakan sekitar 7 buah enjin maka ini bermakna bagi seorang pelumba ia menelan kos sebanyak RM8.75 juta. Dalam satu pasukan pula mempunyai 2 orang pelumba maka jumlah keseluruhan menjadi RM17.5 juta.


Comments

Follow Us