Habib masih bersama Aprilia


Dengan ketiadaan Pasukan CryptoData RNF di arena MotoGP musim hadapan, kerjaya Habibtullah bin Mohd Fuad atau lebih dikenali sebagai Habib Solomoto ibarat terhenti di pertengahan jalan namun kini peminat MotoGP di Malaysia boleh menarik nafas lega.

Melalui satu sesi ‘live’ di aplikasi TikTok semalam, Habib menerangkan beliau akan terus kekal beraksi di arena MotoGP sekurang-kurangnya untuk semusim lagi. Beliau akan kekal bersama Aprilia dan bakal terus menabur keringat dalam pasukan baharu, Trackhouse MotoGP Racing.

Untuk rekod, Habib merupakan mekanik pertama dari Malaysia yang beraksi sepenuh masa didalam arena MotoGP dan posisi beliau beliau sebagai mekanik ketiga didalam pasukan amatlah penting. Semoga kejayaan beliau didalam kejohanan dunia menyuntik semangat anak-anak muda di Malaysia.

Teruskan bersama Two Wheels..!

πŸ“· RNF/Habib

Comments

  1. #Vote4Habib
    Terbaik Habib selayaK diangkat sebagai ikon permotoran Negara.. Bagi aku Habib sebaris ngan #HS55 , ZK Racing, Petronas Sprinta, Dato RnF.. Kerna kalian membawa Kibaran Jalur Gemilang di Mata DuniaπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow Us