Harga kawalan untuk kebaikan semua yang bertanding.


Sistem brek amat penting dalam dunia perlumbaan dan ia sentiasa ditambahbaik memandangkan saban tahun jentera-jentera yang berlumba menjadi semakin pantas dan laju. Jika sistem brek lemah maka tiada gunalah pembangunan enjin dan segala aerodinamik dilakukan.

Dalam dunia MotoGP, pembekal brek diambil oleh Brembo, satu jenama yang amat popular dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti produk mereka amat bagus dan boleh dikatakan terbaik di Dunia.

Brembo sentiasa melakukan pembangunan ke atas sistem breknya dan sudah tentu ia menelan belanja yang besar terutama dalam bahagian R&D. Pun begitu harga siling setiap brek yang dibekalkan adalah bernilai RM350,000. 

Harga ini ditetapkan oleh Dorna yang mana bertujuan untuk memastikan setiap jentera yang bersaing menggunakan brek yang sama kualitinya tanpa ada pelbagai gred. Jika tiada penetapan harga sebegini maka sudah tentu hanya pasukan yang kaya raya sahaja mampu menggunakan brek yang terbaik manakala pasukan yang agak kekurangan bajet terpaksa memilih brek yang bergred lebih rendah. Kesannya prestasi setiap jentera menjadi amat jauh bezanya dan seterusnya perlumbaan juga akan kurang menyengat.

Comments

Follow Us