- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap tahun Honda mengadakan hari istimewa bagi menghargai dan meraikan segala usaha penat lelah semua individu yang terlibat dalam dunia perlumbaan baik para pelumba, krew mahupun pihak pengurusan. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama mereka yang mana dilihat telah berjaya dalam menaikkan jenama 'HONDA' di mata dunia.
Seperti yang kita ketahui, Marc Marquez tidak lagi bersama Honda bermula tahun hadapan bila mana Marc memutuskan untuk berhijrah ke kem Ducati bagi mengembalikan kegemilangannya satu ketika dahulu. Memandangkan jentera Honda kini tidak kompetetif maka beliau membuat keputusan untuk bertukar kepada Ducati.
Pun begitu, pihak Honda tetap memanggil Marc untuk turut serta dalam acara gilang gemilang itu di samping pelumba dari Sepanyol tersebut masih terikat dengan kontrak bersama Honda hingga hujung tahun ini. Marc kelihatan amat gembira ketika bersama dengan pelumba-pelumba dunia yang lain ketika berada di Litar Motegi Jepun. Bagi Marc walaupun beliau telah berpindah ke Ducati namun Honda tetap di hati memandangkan mereka telah bekerjasama selama 11 tahun.
Comments
Post a Comment