Karbon fiber berkualiti tinggi bagi jentera-jentera MotoGP

                                             ðŸ“¸ MotoGP

Karbon fiber merupakan satu bahan yang digunakan ecara meluas dalam kejohanan MotoGP. Ia diguna pakai oleh jentera-jentera yang bertanding kerana sifat asanya yang kuat, ringan dan mampu menampung suhu yang tinggi menjadikan ianya pilihan yang tepat supaya prestasi jentera-jentera berjaya berada di tahap yang optimum.

Tahukah anda? Harga bagi karbon fiber yang digunakan pada jentera-jentera MotoGP ini berharga RM10 bagi setiap 100g. Ia sedikit mahal jika dibandingkan dengan harga karbon fiber yang mudah kita dapati di mana-mana platform jual beli atas talian iaitu sekitar RM7 bagi setiap 100g.

Kita dapat lihat bahawa karbon fiber digunakan oleh jentera-jentera MotoGP iaitu pada winglet, swing arm, mud guard dan lain-lain.

Comments

Follow Us