Kerajaan Negeri Terengganu rai juara dunia minigp.


Semalam telah berlangsungnya satu acara eksklusif "Meet&Greet" yang mana juara dunia pertama negara kita dalam kejohanan Minigp, diraikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Acara tersebut berlangsung dengan lancar walaupun hujan turun buat seketika. 

Kedatangan menteri besar negeri, YAB Dato' Samsuri ke Litar Gong Badak itu di mana tempat program menandakan ia perkara yang serius dan dipandang oleh pihak kerajaan negeri. Walaupun sukan permotoran bukanlah satu sukan teras namun ia tidak disisihkan oleh pihak pentadbir Negeri Terengganu malah sentiasa menyokong usaha dan urusan Qabil Azlan dalam mengharungi kejohanan-kejohanan besar peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Sebelum ini satu sumbangan berbentuk bantuan kewangan untuk Qabil memiliki sebuah jentera Ohvale 190cc bagi sesi latihan kendiri telah dibuat oleh Negeri Terengganu dan kali ini pula insentif sebanyak RM15,000 dihulurkan sebagai hadiah buat pelumba cilik itu selepas berjaya merangkul gelaran juara dunia.

Hal ini seharusnya dicontohi oleh semua kerajaan negeri di Malaysia ini bagi menyemarakkan lagi sukan permotoran negara. Kita sedia maklum bahawa perbelanjaan yang agak besar diperlukan untuk melahirkan seorang juara baik di peringkat dalam negara mahupun luar negara.

Program "Meet&Greet" itu turut dihadiri oleh ZK Racing, rakan-rakan pelumba minigp dan masyarakat yang berdekatan.

Comments

Follow Us