Marc boleh terlepas ke tangan KTM daripada gengaman Ducati

šŸ“·MotoGP

Umum mengetahui bahawa Marc adalah aset besar sekarang yang dimiliki oleh Ducati. Mana tidaknya, dengan Gaji yang sangat tinggi sebelum ini, ternyata Marc berjaya dirampas oleh Ducati daripada Honda dengan hanya ditawarkan jentera yang padu bukanlah wang ringgit. 

Justeru, Ducati perlulah memberi lebih perhatian kepada star ini untuk lebih bersinar dan bertahan untuk Ducati. Dikutip daripada GPOne, Pemerhati MotoGP juga pengurus beberapa pelumba iaitu Alberto Vergani memberi pandangan kepada Ducati. 

Beliau berkata Marc perlu dinaikkan ke pasukan kilang jika Marc dapat bersinar pada musim 2024 nanti. Jika tidak, Marc boleh melepas ke KTM yang mana mempunyai kewangan yang kukuh dan mempunyai cita-cita yang amat besar dalam sukan permotoran terutama MotoGP. 

Beliau juga yakin dengan tempoh kontrak yang singkat ini, Marc juga boleh kembali ke Honda, berlabuh ke KTM, atau bertahan di Ducati. Ianya Senario yang boleh terjadi dengan apa yang terjadi musim jni dimana pelumba boleh menamatkan kontrak bila-bila masa.

KTM kini komited mencari sebuah pasukan lagi untuk meletakkan jenteranya bersaing dalam MotoGP. KTM boleh membuat apa sahaja demi mendapatkan slot tersebut. 

Beliau berkata pengurus pasukan Luigi Dall’Igna atau lebih mesra dikenali sebagai Gigi, perlu lebih waspada dengan pergerakan KTM dan Honda dalam mendekati Marc Marquez. 

Jika Marc dapat menjalani musim dengan penuh kemenangan, Ducati perlu meletakkan beliau ke pasukan kilang. Selain itu ada banyak sponsor terlibat yang akan mendorong ke arah itu. 

“Mengenal Gigi, saya tidak yakin beliau ingin kehilangan seorang juara seperti Marc setelah setahun menunggang jentera Desmosedici. Apa lagi rival seperti Honda dan KTM ingin mengambilnya” tutupnya. 

Comments

Follow Us