Marc ingin mempunyai pasukan sendiri.


Untuk terpilih bagi berlumba di kelas perdana MotoGP bukanlah kerja yang mudah. Selepas itu jika sudah terpilih, untuk kekal di kelas tersebut bagi beberapa tahun adalah lebih sukar dan yang paling sukar ialah mempunyai pasukan dalam kejohanan itu.

MotoGP terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu perdana, Moto2 dan Moto3. Untuk bertanding di kelas utama MotoGP, Dorna selaku penganjur hanya membuka beberapa tempat sahaja yang mana bukan semua pasukan dapat mengikutinya. Sudah tentu antara perkara yang mustahak ialah mempunyai kewangan yang kukuh.

Marc Marquez merupakan satu nama besar di MotoGP dan dikenali ramai. Beliau ialah seorang pelumba motorsikal yang berjaya di dunia dan kini masih aktif berlumba untuk tahun ke 12. Usianya kini juga mula menjengah 30an dan itu ialah angkat lewat bagi dunia perlumbaan.

Marc pada musim hadapan bakal berlumba dengan Pasukan Gresini Racing dengan ikatan kontrak hanya setahun. Sebelum itu Pasukan Pramac Racing ada menghulurnya kontrak dua tahun namun tidak diterima oleh Marc dan lebih memilih untuk berada di Gresini selama setahun. Ia menjadi tanda tanya kenapa beliau lebih memilih di tempat yang kurang pengaruh jika dibandingkan dengan Pramac dan kontrak juga hanya setahun.

Kini terungkai satu berita di mana Marc ingin membeli saham Gresini yang kini bersaing di kelas perdana dan Moto2. Belum dipastikan berapa peratus saham yang ingin dibelinya pada permulaan ini namun diyakini tujuan utama beliau ialah mempunyai pasukan yang bersaing di MotoGP seawal mungkin.

Ia tidak mustahil bagi Marc kerana dirinya sudah dikenali ramai pihak penaja dan dengan populariti yang dimiliki maka mudah untuknya terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Jika ia berlaku maka kita akan dapat lihat Marc semakin menghampiri Valentino Rossi yang jelas kelihatan sebagai musuh utama Marc dalam dunia perlumbaan ini.

Comments

Follow Us