Martin kurang gembira di kem Ducati, sedia angkat kaki.

                                        📸 Ducati Corse

Untuk terpilih beraksi di kejohanan MotoGP bukanlah mudah kemudian untuk ditawarkan kontrak bagi beraksi di kategori utama adalah lebih sukar. Ketika sudah berada di kelas premier, ia pula terbahagi kepada dua iaitu pasukan kilang dan satelit. Kita sedia maklum bahawa pelumba-pelumba di pasukan kilang akan mendapat perhatian yang lebih kerana ia tunjang kepada satu-satu jenama.

Pencabar utama perebutan gelaran juara dunia MotoGP tahun ini, Jorge Martin meluahkan kekecewaannya bila mana beliau tidak diberikan tempat di pasukan kilang Ducati Lenovo malah perlu kekal di kem satelit iaitu Prima Pramac Racing. 

Martin mengungkapkan bahawa rekod dirinya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Enea Bastianini yang akan kekal berdampingan dengan Pecco pada tahun hadapan. Bagi Martin, Enea hanya menang sekali dan jarang tampil kompetetif untuk saingan tahun ini apatah lagi ingin memijakkan kaki ke podium. 

Atas keputusan Ducati untuk lebih memihak kepada Enea walaupun keputusan tahunan lebih menyerlah di sudut Martin maka pelumba Sepanyol tersebut merasakan dirinya disisihkan dan tidak diberi ruang serta peluang yang sepatutnya. Oleh sebab itu Martin mengatakan beliau terbuka kepada mana-mana tawaran kilang selepas ini sekiranya Ducati masih tetap tidak ingin mengangkatnya ke kem utama. Dalam pemerhatian Martin, kem Honda adalah yang terbaik walaupun jentera mereka kurang kompetetif asalkan dapat memacu jentera kilang.


Comments

Follow Us