- Get link
- X
- Other Apps
📷Motorsports.com |
Umum mengetahui bahawa ketika perlumbaan di Qatar, Martin tidak dapat memenangi perlumbaan utama seperti hari sebelumnya ketika beliau menang pada perlumbaan sprint.
Pada awal race, tayar beliau spin dan menyembabkan start yang buruk di awal perlumbaan. Martin tidak dapat mengawal jenteranya dengan baik sepanjang perlumbaan lalu hanya mampu tamat di kedudukan ke 10.
Lalu, Michelin pernah mendapat kritikan tajam dari Martin yang menyalahkan Michelin atas kegagalannya meraih kemenangan pada malam itu. Beliau berkata Michelin sengaja memberikan tayar yang kurang baik kepadanya.
Walaubagaimanapun Michelin memberitahu ketika itu mereka membawa tayar yang baharu dari kilang terus ke Qatar bukanlah diambil daripada perlumbaan sebelumnya. Ini bermakna ianya masih baharu dan bagus untuk digunakan.
Michelin lalu memberitahu akan siasat mengenai perkara tersebut dan keputusannya kini telah dedahkan. Setelah sebulan, akhirnya Michelin buka mulut tentang keputusan siasatan tersebut.
Michelin Motorsports Director, Piero Taramasso mengatakan bahawa mereka sudah menganalisis tayar tersebut. Daripada Hasil siasatan, tiada sebarang keadaan aneh yang ada pada tayar tersebut dan tayar itu selamat digunakan.
“Musim ini diakhiri dengan penuh dengan kejadian. Saya rasa ianya berlaku kerana perasaan stress daripada perebutan juara dunia Martin dan Bagnaia. Ditambah pula regulasi tekanan tayar dan sprint menambahkan lagi ketegangan. Kemudian, timbul pula penampilan Jorge Martin yang tidak sesuai dengan ekspektasi para peminat menimbulkan lagi kontroversi.”
Beliau juga mengungkapkan mereka ingin Bagnaia menang sebagai juara yang gembira, bukan juara konspirasi. Tutupnya.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment