Nasib saya pasti berbeza - Pol Espargaro


Umum mengetahui kecederaan yang dialami oleh Pol Espargaro ketika terlibat dengan kemalangan bersama jentera KTM awal tahun ini amatlah serius, malah hampir menamatkan kerjaya beliau didalam MotoGP. Namun hasil perubatan moden sains sukan serta sokongan dari orang sekeliling beliau, terutama abang beliau, Aleix Espargaro, beliau dapat kembali beraksi di grid.

Pol mempunyai rekod baik selama beraksi bersama KTM dan beliau kembali ke KTM musim ini untuk mengulangi prestasi cemerlang beliau namun tidak berjaya mengulanginya. Dengan prestasi yang terumbang ambing di KTM selepas pulih dari kecederaan, beliau ditukarkan ke posisi pelumba ujian KTM, memberi laluan kepada Pedro Acosta di kelas perdana MotoGP.

Bercakap kepada media, Pol menyifatkan keputusan KTM untuk meminggirkan beliau dari kerusi pelumba utama GasGas amatlah tidak wajar namun tetap berterima kasih apabila KTM masih mengekalkan beliau didalam KTM sehingga tamat kontrak. Pol juga berpendapat bahawa nasib beliau selaku pelumba MotoGP pasti lebih baik jika beliau beraksi bersama jentera Ducati. Apa pendapat anda?

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷Madovermotorsports

Comments

Follow Us